Malaysia

Penumpang SUV yang tendang mangsa kemalangan serah diri kepada polis

Seorang penumpang kenderaan utiliti sukan (SUV) yang tular kerana menendang penunggang motosikal yang terbaring di atas jalan selepas kemalangan di Kuala Selangor tampil menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, kemalangan itu berlaku pada Ahad di Kilometer 44.5 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Insiden berkenaan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah Subaru XV, Toyota Vios dan motosikal Yamaha NVX.

Menurut beliau, Subaru XV yang dipandu lelaki berusia 47 tahun sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sekinchan sebelum tiba-tiba menukar lorong ke kiri dan melanggar motosikal Yamaha NVX yang bergerak sehala.

Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pembonceng wanita berusia 24 tahun tercampak ke atas jalan serta mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan lutut kanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker