Malaysia

Ulang tahun ke-101 Tun Dr Mahathir, rakyat titipkan doa

Rakyat Malaysia menitipkan ucapan dan doa buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-101 pada hari ini.

Ucapan di media sosial mendoakan agar Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan baik, dipanjangkan usia serta terus berada dalam lindungan Allah SWT. Orang ramai turut menghargai jasa beliau sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Tun Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah dan dikenali sebagai Bapa Pemodenan menerusi usaha membangunkan ekonomi, industri serta infrastruktur Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker