Rayuan pendakwaan ditolak Mahkamah Persekutuan, Syed Saddiq kekal bebas

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal bebas selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Isnin menolak rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasannya dalam kes dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Menerusi keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, mendapati dua hakim iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju bahawa Syed Saddiq wajar dilepas dan dibebaskan.
Keputusan itu sekali gus membatalkan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023 terhadap Syed Saddiq atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Keputusan tersebut menamatkan perjalanan undang-undang Syed Saddiq yang berlangsung selama beberapa tahun.




