Hiburan

Dari P. Ramlee hingga Taylor Swift, ribuan lagu artis dikesan dalam data latihan AI cetus kebimbangan hak cipta

Lebih 21 juta lagu berhak cipta termasuk karya Taylor Swift, Ed Sheeran dan Bad Bunny dikesan dalam set data yang dipercayai digunakan untuk melatih model kecerdasan buatan (AI). Penemuan itu dibuat wartawan The Atlantic, Alex Reisner menerusi siasatan terhadap empat pangkalan data muzik.

Antara data terbesar ialah LAION-DISCO dan Sleeping-DISCO yang digunakan untuk membangunkan sistem AI penjana muzik. Penemuan itu mencetuskan kebimbangan mengenai isu hak cipta kerana melibatkan karya artis tanpa kebenaran.

Siasatan turut menyebut syarikat AI seperti Google, Stability AI, Suno dan Udio, namun tiada pengesahan semua karya dalam data tersebut digunakan untuk latihan AI.

Menurut laporan, di Malaysia, lebih 1,000 lagu artis tempatan termasuk P. Ramlee, Sudirman, Siti Nurhaliza, Yuna, Hujan dan Butterfingers turut dikesan dalam data berkenaan, tetapi kewujudannya tidak membuktikan lagu itu digunakan untuk melatih AI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker