Malaysia
Percikan api LRT3 disahkan akibat kerosakan teknikal

Rapid KL mengesahkan insiden percikan api pada tren LRT3 di Stesen Shah Alam Stadium sekitar 7.05 malam, 4 Julai, berpunca daripada kerosakan teknikal pada komponen tren yang bersentuhan dengan konduktor bekalan kuasa.
Tiada penumpang cedera dalam kejadian itu. Tren berkenaan dikeluarkan daripada perkhidmatan, manakala penumpang dipindahkan ke tren lain untuk meneruskan perjalanan.
Rapid KL memaklumkan komponen yang rosak telah diganti dan tren terbabit kembali beroperasi selepas disahkan selamat.
Syarikat itu turut menjalankan pemeriksaan terhadap tren lain sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penumpang terus terjamin.




