Malaysia

Keluar cari durian, lelaki hilang tanpa khabar lebih sebulan

Seorang lelaki, Shahir Zainum, 46, dilaporkan hilang sejak 10 Jun selepas keluar dari rumah di Bukit Gedung, Bayan Baru untuk mencari durian di sebuah dusun di Relau, Pulau Pinang.

Ibunya, Salmah Shamsudin, 72, berkata laporan polis dibuat dua hari kemudian selepas Shahir gagal pulang. Dia tidak membawa telefon bimbit dan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T merah berjalur kelabu.

Usaha keluarga mencari di dusun berkenaan hanya menemukan motosikal miliknya. Menurut Salmah, Shahir juga tidak pernah mengadu mempunyai sebarang masalah sebelum menghilangkan diri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker