Malaysia

Tiada ujian kesihatan wajib untuk pemandu 70 tahun ke atas

Kerajaan menegaskan tiada cadangan mewajibkan pemeriksaan kesihatan bagi pemegang lesen memandu persendirian berusia 70 tahun ke atas ketika memperbaharui lesen.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati tiada bukti kukuh bahawa pemeriksaan kesihatan mengikut umur mampu mengurangkan kadar kemalangan.

Hasbi berkata, usia bukan penentu keupayaan seseorang untuk memandu dan ramai warga emas masih mampu memandu dengan selamat. Beliau menjawab soalan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok), sambil menjelaskan pemeriksaan kesihatan ketika ini hanya diwajibkan bagi permohonan baharu dan pembaharuan lesen vokasional.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker