Dunia
Kes rasuah eksport durian, pegawai kanan Vietnam ditahan

Timbalan Menteri Pertanian dan Alam Sekitar Vietnam, Hoang Trung, ditahan kerana disyaki menerima rasuah dalam siasatan berkaitan eksport durian ke China.
Turut ditahan ialah Nguyen Quang Hieu bersama dua lagi pegawai kerana didakwa menyalahgunakan kuasa, memalsukan dokumen dan mengeluarkan kelulusan tidak sah bagi pensijilan eksport.
Menurut pihak berkuasa, perbuatan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan serta menjejaskan pekebun dan pengeksport durian. Hoang Trung turut dipecat daripada Parti Komunis Vietnam pada 28 Julai.
Kes itu berlaku ketika Vietnam berusaha mengekalkan akses ke pasaran China, destinasi utama eksport durian negara itu.




