Dunia

Telegram dikaitkan dengan aktiviti keganasan, pengasas didakwa Rusia

Pengasas Telegram, Pavel Durov didakwa oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) atas tuduhan memudahkan aktiviti keganasan pada 29 Julai. FSB turut mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap lelaki kelahiran Rusia itu.

Menurut laporan di Moscow, FSB mendakwa Telegram gagal memadam kandungan yang didakwa digunakan oleh perkhidmatan khas Ukraine serta kumpulan ekstremis untuk merancang sabotaj, serangan keganasan dan penipuan siber dalam Rusia.

Pavel Durov yang kini memiliki kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu dan Perancis, merupakan pengasas aplikasi pemesejan Telegram yang dilancarkan pada 2013 dan mempunyai lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Setakat ini, Durov dan pihak Telegram belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker