Malaysia

Bayi ditikam ditemukan dalam mangkuk tandas, pasangan pelajar ditahan

Mayat seorang bayi perempuan ditemukan dalam mangkuk tandas sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, Kluang pada Rabu. Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan tikaman pada tubuh bayi berkenaan.

Polis Johor berkata, siasatan bermula selepas seorang pelajar wanita berusia 19 tahun dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom selepas dipercayai melahirkan anak.

Hasil pemeriksaan di rumah sewa wanita itu membawa kepada penemuan mayat bayi berkenaan. Polis turut menahan wanita itu dan teman lelakinya yang juga berusia 19 tahun bagi membantu siasatan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker