Dunia
Tangan warga emas tersepit dalam mesin iJooz di Singapura, bomba datang bantu

Seorang lelaki warga emas mengalami detik cemas apabila tangannya tersepit dalam mesin layan diri iJooz di 1 Hougang Street 91, Singapura, pada 2 Ogos. Kejadian itu tular selepas rakamannya dimuat naik di TikTok.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), pihaknya menerima panggilan sekitar 7.50 malam sebelum berjaya mengeluarkan tangan mangsa daripada mesin tersebut.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Sengkang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Punca kejadian masih belum didedahkan.




