Dunia
Amaran ancaman siber AS dan sekutunya, raih kecaman Korea Utara
Korea Utara mengecam amaran bersama yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya berhubung dakwaan ancaman siber dari Pyongyang, sambil menyifatkannya sebagai cubaan mencemarkan imej negara itu.
Kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Luar Korea Utara menerusi KCNA pada 3 Ogos.
Amaran yang dikeluarkan pada 1 Ogos oleh AS, Korea Selatan, Jepun dan lapan negara lain mendakwa pekerja teknologi maklumat Korea Utara menggunakan identiti palsu untuk mendapatkan pekerjaan dari jauh bagi menjana dana untuk program nuklear dan peluru berpandu.
Pyongyang menolak dakwaan itu sebagai tidak berasas dan menuduh AS menggunakan isu siber sebagai alat tekanan politik.



