Dunia

Gaduh pasal iPhone, tiga sekeluarga maut jatuh gaung

Pertengkaran mengenai bayaran ansuran iPhone berakhir tragedi apabila tiga sekeluarga maut selepas terjatuh dari sebuah bukit di Tisgaon, Maharashtra, India, pada Jumaat.

Mangsa ialah Murlidhar Chandgude, 48, isterinya, Sangita, dan anak mereka, Kunal, 19. Kunal dikatakan mengalami masalah membayar ansuran iPhone sebelum bertengkar dengan bapanya dan pergi ke bukit.

Murlidhar dan Sangita menyusul bagi memujuk anak mereka pulang. Selepas hampir tiga jam usaha menyelamat, Kunal dipercayai terjun sebelum bapanya cuba menariknya, menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke dalam gaung.

Sangita yang melihat kejadian itu kemudian turut terjun. Ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar untuk bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker