Malaysia
Geng Manap tumpas, 15 kes jenayah selesai

Polis memberantaskan kumpulan dikenali sebagai ‘Geng Manap’ yang dipercayai terbabit dalam 14 kes kecurian motosikal dan satu kes pecah rumah di sekitar daerah Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, enam suspek berusia antara 27 hingga 66 tahun ditahan dalam operasi berperingkat dari 11 hingga 18 Ogos lalu.
Dalam operasi itu, polis merampas 20 rangka motosikal dan lapan guni komponen motosikal.
Menyatakan, kesemua 15 kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah hari ini, dengan beberapa suspek dijatuhi hukuman penjara antara 10 hingga 15 bulan.
Kes disiasat mengikut beberapa seksyen Kanun Keseksaan serta Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.




