
Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September, Selasa, sebagai cuti khas negeri bagi meraikan kejayaan kontinjen Selangor muncul juara keseluruhan Sukma 2026.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pada majlis penutupan Sukma 2026 di Aneka Walk, SA Sentral, pada Isnin, 24 Ogos.
Katanya, cuti khas itu merupakan tanda penghargaan kepada atlet, jurulatih, pegawai kontinjen serta kira-kira 10,000 sukarelawan yang menjayakan temasya berkenaan.
Kejayaan itu menyaksikan Selangor meraih gelaran Sukma keseluruhan ke-10, selepas sebelum ini muncul juara pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2013 dan 2016 di Sarawak.




