Malaysia

Teman lelaki ibu ditahan, disyaki serang seksual kakak pelajar 14 tahun yang maut

Siasatan polis terhadap kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Setapak, minggu lalu, membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 51 tahun yang disyaki melakukan serangan seksual terhadap kakak mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata suspek merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa yang meninggal dunia.

Beliau berkata, mangsa serangan seksual itu ialah kakak kepada pelajar berkenaan yang berusia 15 tahun.

Suspek kini direman sehingga 31 Ogos bagi membantu siasatan lanjut.

Polis turut membuka kertas siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker