Malaysia

Bekas pengarah besar FELDA ditahan SPRM, disiasat isu projek dan jual tanah

Bekas Pengarah Besar FELDA bergelar Datuk antara dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Siasatan melibatkan dakwaan salah guna kuasa dalam pelantikan syarikat pemaju bagi satu projek di Kuala Lumpur, selain urusan penjualan tanah milik FELDA kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan pemaju berkenaan. Penjualan itu dipercayai dibuat tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat FELDA.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk mendapatkan perintah reman. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker