Malaysia
Cabaran lasak berakhir tragedi, pelajar UiTM maut

Seorang pelajar UiTM berusia 21 tahun, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, meninggal dunia selepas dipercayai mengalami masalah berkaitan haba ketika menyertai aktiviti lasak di UiTM Pahang, Jengka.
Fadhlan, pelajar Diploma tahun akhir UiTM Seremban, merupakan peserta 2026 Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) yang berlangsung dari 2 hingga 8 September.
Susulan kejadian, aktiviti luar pada 6 September dibatalkan. UiTM berkata semua peserta menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program dan saringan sebelum aktiviti, termasuk beberapa peserta yang diminta menarik diri selepas gagal saringan akhir.



