Malaysia

Agong teliti laporan kewangan, tadbir urus negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan menerima dan meneliti Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2025.

Dalam sesi menghadap di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, Baginda turut dipersembahkan LKAN berkaitan aktiviti kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, turut mempersembahkan laporan mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri, selain aktiviti kementerian, jabatan serta agensi negeri dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.

Sultan Ibrahim berkenan meneliti semua laporan berkenaan, selaras dengan keprihatinan Baginda terhadap aspek tadbir urus serta pengurusan kewangan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker