Malaysia

Dua lagi direman, sindiket dokumen kenderaan terus disiasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan reman dua lagi individu, masing-masing pemilik syarikat dan broker kereta, bagi membantu siasatan sindiket pemalsuan dokumen hak milik kenderaan yang dipercayai turut merasuah pegawai sebuah agensi penguat kuasa di negeri itu.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu direman selama tujuh hari sehingga 21 September ini. Mereka disiasat berhubung kegiatan menukar status hak milik kenderaan menggunakan dokumen yang dipalsukan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret S. Evangelina selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sivil (2) Ipoh, pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan dipercayai berkait kegiatan pemalsuan dokumen serta rasuah bagi memudahkan urusan pertukaran hak milik kenderaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker