Adeola Fay Robert menang pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya hari ini.
Adeola muncul juara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Iran, Fatemeh Zahra Saeidabadi 6-4 pada aksi final.
Kemenangan itu turut membantu skuad karate negara mengumpul tiga pingat setakat ini.
Sebelum ini, K Thevendran dan H Sureeya Sankar masing-masing meraih pingat gangsa dalam acara kumite lelaki bawah 55kg dan bawah 60kg.




