Malaysia

Gempa Batu Pahat: Gegaran dirasai di empat negeri, KL dan Putrajaya

Gegaran susulan gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 yang berlaku di perairan Batu Pahat, Johor, dirasai di empat negeri termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya pada jam 4.55 petang, Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gegaran itu dirasai di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta kawasan sekitarnya.

Pusat gempa dikesan pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira 27 kilometer barat daya Batu Pahat.

MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau keadaan dan meminta orang ramai yang merasai gegaran berkenaan mengisi borang soal selidik bagi membantu pengumpulan maklumat mengenai kejadian itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker