Malaysia

Pasir Gudang catat IPU 203, jerebu cecah tahap sangat tidak sihat

Kualiti udara di Pasir Gudang, Johor semakin merosot apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 203, sekali gus memasuki kategori sangat tidak sihat setakat pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi di negara ini. Larkin, Johor pula mencatat bacaan 192, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dengan 189 serta Johan Setia, Selangor pada 183.

Selain itu, beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pahang dan Kuala Lumpur turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu antara 101 hingga 200. Keadaan ini menunjukkan masalah jerebu masih menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan negara.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker