Malaysia

Lima lelaki ditahan curi kabel Telekom Malaysia di Taiping, polis rampas lori dan peralatan

Lima lelaki warga India ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia dalam satu serbuan di daerah Taiping pada 18 Mei lalu.

Suspek yang berusia antara 35 hingga 39 tahun itu diberkas sekitar jam 7.30 pagi hasil tindakan Unit MPV dan URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping ketika menjalankan rondaan cegah jenayah.

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Taiping, ketika serbuan dijalankan, dua suspek sedang memotong kabel Telekom Malaysia manakala tiga lagi suspek dipercayai mengangkat kabel berkenaan ke dalam sebuah lori jenis Daihatsu Delta V57A berwarna merah.

Siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai merupakan ahli sindiket yang aktif menjalankan kegiatan mencuri kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia di sekitar daerah Taiping.

Polis kini sedang mengesan beberapa lagi ahli kumpulan yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker