Malaysia
Porsche 911 GT3, Panamera dan BMW Limousine disita dalam Op Khas Luxury Kelantan

Polis Kelantan menyita beberapa kenderaan mewah termasuk Porsche 911 GT3, Porsche Panamera, BMW 528 dan sebuah limousin menerusi Op Khas Luxury yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar negeri itu.
Operasi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan bersama beberapa agensi lain itu dilakukan dari malam Ahad hingga awal pagi Isnin bagi mengesan kesalahan berkaitan nombor pendaftaran, cukai jalan dan insurans.
Menurut polis, pemeriksaan mendapati beberapa kenderaan melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk penggunaan nombor pendaftaran fancy serta tiada perlindungan insurans sah.




