Malaysia

Tular Perodua Alza larikan diri daripada polis, tiga ditahan, seorang lagi diburu

Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua warga Filipina, selepas mereka melarikan diri daripada pemeriksaan polis menggunakan sebuah Perodua Alza di Gelang Patah, Johor, awal pagi Selasa. Seorang lagi suspek masih diburu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi ketika anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menjalankan rondaan di Jalan Persiaran SILC, Gelang Patah.

Polis mengesan kereta dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu memecut melarikan diri sebelum memasuki Lebuhraya Link Kedua secara melawan arus.

Polis berjaya menahan tiga suspek, terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua warga Filipina, manakala seorang lagi meloloskan diri.

Pemeriksaan menemukan alat pemotong kabel dan tiga telefon bimbit yang dirampas bersama kenderaan itu.

Siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan disyaki merancang kegiatan mencuri kabel, manakala ujian air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker