
Kapten Santos, Neymar, digantung dua perlawanan selepas didapati melanggar peraturan ketika bertengkar dengan pemain Bahia dalam aksi Serie A Brazil, Sabtu lalu.
Mahkamah Keadilan Sukan Tertinggi Brazil (STJD) mendapati pemain berusia 34 tahun itu bersalah kerana menutup mulut ketika berkonfrontasi dengan Rodrigo Nestor. Neymar turut dilayangkan kad merah dalam aksi yang berakhir seri 1-1.
Dia juga dilaporkan berlari ke arah bangku simpanan lawan sebelum ditenangkan rakan sepasukan.
Neymar bakal terlepas tiga perlawanan Santos, termasuk menentang Palmeiras, namun boleh mengemukakan rayuan. Dia dijangka kembali beraksi pada penghujung November ini.




