Malaysia

Warga asing ditahan selepas serang polis bantuan, rosakkan mesin judi di Genting

Enter sub title here

Seorang warga asing ditahan selepas dipercayai menumbuk anggota polis bantuan dan merosakkan mesin judi di Sky Casino, Genting Highlands, kira-kira jam 5 pagi, Selasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Asisten Komisioner Azmi Mahmod berkata, anggota berusia 32 tahun itu cuba menenangkan suspek sebelum ditumbuk di mulut sehingga dua batang giginya patah. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Bentong.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mabuk dan bertindak agresif terhadap orang awam sebelum memasuki kasino. Dia kemudian menghantukkan kepala pada skrin tiga mesin judi serta merosakkan dua kerusi.

Kerugian pihak kasino dianggarkan RM85,000, manakala suspek mengalami kecederaan di dahi dan menerima enam jahitan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker