Malaysia

Pengantin baharu di Pulau Pinang bakal terima bantuan RM500 mulai 2027

Pasangan pengantin baharu yang layak di Pulau Pinang bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) menerusi inisiatif baharu kerajaan negeri bermula tahun depan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi Program Mempelai Emas yang diperkenalkan sebagai peluasan kepada Program i-Sejahtera.

Beliau mengumumkan inisiatif berkenaan ketika membentangkan Belanjawan Pulau Pinang 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat, 30 Oktober.

Bagaimanapun, syarat kelayakan dan kaedah permohonan terperinci masih belum diumumkan.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri mengekalkan peruntukan RM58 juta bagi Program i-Sejahtera pada 2027.

Sehingga 30 September lalu, sebanyak RM57.8 juta telah disalurkan menerusi dua fasa program itu, yang memanfaatkan 299,504 penerima termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan suri rumah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker