Malaysia
Ibu dan anak ditahan kerana halang operasi tangkap anjing terbiar di Muar

Seorang wanita berusia 52 tahun bersama anak perempuannya, 24, ditahan selepas disyaki menghalang operasi menangkap anjing terbiar di Bukit Pasir, Johor.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kedua-dua suspek dipercayai mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan dan cuba melepaskan seekor anjing yang telah ditangkap.
Kejadian bertukar tegang apabila berlaku pergelutan ketika seorang pegawai penguat kuasa wanita cuba campur tangan sehingga menyebabkan pegawai berkenaan mengalami lebam pada kedua-dua belah lengan.
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka dan direman bagi membantu siasatan lanjut.




