Malaysia

Kereta terbabas ke tasik UNIMAS: Wanita meninggal dunia, anak OKU terselamat

Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam tasik berhampiran bulatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kuching pagi Isnin.

Mangsa, Nur Shareefah Lusia Abdullah, dalam perjalanan dari Desa Ilmu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang bersama anak perempuannya, Nur Badrina Saharidan, 17, yang merupakan OKU autisme.

Kenderaan jenis Perodua Bezza itu dipercayai berhenti seketika di tepi jalan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke dalam tasik.

Remaja tersebut berjaya keluar sendiri dari kereta tanpa sebarang kecederaan, manakala ibunya dikeluarkan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Kesihatan Prima UNIMAS, namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.51 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker