Tiada bukti sahih Jho Low kini di Shanghai guna nama Greek – Saifuddin

Pihak polis setakat ini belum menerima sebarang bukti kukuh berhubung dakwaan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikatakan bersembunyi di Shanghai menggunakan pasport palsu Australia atas nama Greek.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan siasatan masih dijalankan dengan kerjasama agensi penguat kuasa antarabangsa untuk mengesahkan lokasi sebenar individu berkenaan.
Laporan media sebelum ini mendakwa Jho Low menetap di kawasan elit di Shanghai dan berperanan sebagai strategis untuk kerajaan China, termasuk membantu syarikat yang dikenakan sekatan antarabangsa.
Pendedahan dibuat oleh dua wartawan penyiasatan, Bradley Hope dan Tom Wright, yang terkenal dengan laporan mereka berkaitan skandal 1MDB.




