Malaysia

Polis buru geng basikal ‘tulang besi’ halang laluan di Shah Alam

Polis kini mengesan sekumpulan remaja penunggang basikal jenis ‘tulang besi’ yang didakwa menunggang secara berbahaya hingga mengganggu lalu lintas di Persiaran Dato Menteri, Shah Alam, malam Selasa lalu.

Kejadian sekitar jam 9.30 malam itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang terpaksa memperlahankan kenderaan kerana halangan daripada kumpulan berkenaan yang menunggang di lorong kiri dan kanan jalan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 42 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/1959.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker