Malaysia

Demi kelancaran trafik, kerajaan pertimbang sistem tol tanpa palang

Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa palang atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF) sebagai langkah mempertingkat kelancaran trafik di lebuh raya.

Walaupun perjanjian asal dengan syarikat pencadang MLFF telah ditamatkan hujung tahun lalu, usaha ke arah pelaksanaan sistem ini tetap diteruskan.

Kementerian Kerja Raya kini membuka laluan untuk syarikat penyedia teknologi berbincang terus dengan 33 syarikat konsesi tol melalui pendekatan perniagaan ke perniagaan (B2B), tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Projek percubaan sistem MLFF sedang dijalankan di Plaza Tol Alam Impian, Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA) oleh Prolintas dengan kerjasama Touch ’n Go dan CIMB.

Ujian ini melibatkan pemasangan gantri dan peralatan berkaitan untuk menilai keberkesanan sistem sebelum pelaksanaan lebih luas.

Pada masa sama, Lembaga Lebuhraya Malaysia giat memantau prestasi lorong RFID dan mempercepat proses penalaan semula bagi meningkatkan kecekapan.

Sistem Pembayaran Terbuka juga diperkenal di beberapa plaza tol, membolehkan pengguna membayar dengan pelbagai kaedah, antara usaha selari menuju transformasi sistem tol negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker