Dunia
FBI dedah imej suspek tembak mati Charlie Kirk

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan imej seorang individu yang dikehendaki berhubung insiden tembakan yang meragut nyawa aktivis politik konservatif Amerika Syarikat (AS), Charlie Kirk.
Pihak berkuasa turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar tampil membantu siasatan. Imej ini adalah yang pertama dikeluarkan FBI sejak kejadian berkenaan.
Kirk, yang dikenali sebagai sekutu rapat Presiden AS Donald Trump, maut selepas ditembak ketika berucap pada sebuah acara debat di Utah Valley University, Rabu lalu.
Trump sebelum itu menzahirkan rasa dukacita di platform Truth Social dengan menyifatkan Kirk sebagai seorang tokoh penting dalam gerakan konservatif.




