Malaysia

Semakin pupus, bangkai harimau belang ditemukan dalam Perodua Alza

Seekor harimau belang yang dipercayai diburu secara haram ditemukan mati di dalam sebuah kereta di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor, pagi Selasa.

Penemuan mengejutkan itu dibuat hasil operasi bersepadu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman bersama PERHILITAN Johor.

Pemeriksaan mendapati harimau berkenaan mengalami kecederaan serius akibat jerat dan enam kesan tembakan di kepala.

Selain bangkai haiwan dilindungi itu, pihak berkuasa turut merampas sebuah Perodua Alza, empat telefon bimbit serta beberapa barangan lain dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM294,007.

Tiga lelaki berusia 28 hingga 49 tahun ditahan dan direman bagi siasatan di bawah Seksyen 70 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana menyimpan hidupan liar tanpa permit khas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker