Sukan
Belanda ‘belasah’ Sweden 5-1 di Houston, rampas takhta Kumpulan F

Belanda mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Sweden dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia FIFA 2026 di Houston, Amerika Syarikat, semalam, 20 Jun.
Brian Brobbey mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol, manakala Cody Gakpo turut meledak dua jaringan. Crysencio Summerville melengkapkan kemenangan bergaya Belanda dengan gol kelima pada penghujung perlawanan.
Sweden yang sebelum ini menang besar ke atas Tunisia hanya mampu membalas satu gol menerusi Anthony Elanga dan gagal menyekat serangan bertali arus lawan.
Kemenangan itu meletakkan Belanda di tangga teratas Kumpulan F sekali gus mengukuhkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.




