Dah habis SPM? UPUOnline boleh dimohon bermula 29 Januari

Permohonan kemasukan pelajar bagi sesi akademik 2026/2027 ke program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda melalui UPUOnline dibuka bermula 29 Januari hingga 23 Mac.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan ini melibatkan lepasan SPM serta fasa pertama lepasan STPM dan setaraf.
Bagi fasa kedua lepasan STPM dan setaraf, permohonan dibuka dari 13 April hingga 23 Mac.
Pengambilan melibatkan 20 universiti awam, 36 politeknik, 106 kolej komuniti dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) di seluruh negara.
Pembelian nombor pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Januari pada harga RM10.60, melalui kaunter cawangan, ATM BSN dan perbankan internet myBSN.
Sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,146 program kepada lepasan STPM dan setaraf bagi sesi pengambilan ini.




