Da’i Syed bebas tuduhan rogol, hukuman penjara 10 tahun dibatalkan

Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang wanita selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan akhirnya hari ini.
Keputusan majoriti dua daripada tiga panel hakim itu sekali gus mengetepikan sabitan serta hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Panel berkenaan diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, manakala Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Ketika membacakan keputusan, Azman berkata pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, sekali gus menjadikan sabitan terhadap Da’i Syed tidak selamat.
Utukrekod,pada 10 Disember 2020, Da’i Syed didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di Seksyen 7, Shah Alam, kira-kira jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.




