Malaysia
Dendam dipercayai punca lelaki maut ditetak di Banting

Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an maut selepas dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Banting, Kuala Langat, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam.
Susulan kejadian, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an di sekitar Banting bagi membantu siasatan. Motif awal kejadian dipercayai berpunca daripada dendam.




