Malaysia
Malaysia tidak terkecuali ancaman serangan siber

Malaysia berisiko menjadi sasaran serangan siber dan ancaman keselamatan hibrid susulan ketegangan geopolitik serta peningkatan ancaman digital di peringkat global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa negara termasuk Belgium, Denmark, Amerika Syarikat dan Jepun turut berdepan serangan terhadap sistem serta infrastruktur penting.
Susulan itu, kerajaan mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 2 November bagi menilai kesiapsiagaan negara menghadapi ancaman berkenaan.
Kerajaan turut memperkukuh perlindungan sektor strategik termasuk tenaga, pengangkutan, kewangan dan bekalan makanan.




