Ditegur asyik pakai baju sama, Marhamah tempah baju baru

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menjelaskan teguran orang ramai mengenai pemakaiannya yang sering kelihatan sama mendorong beliau menempah baju baharu.
Menurutnya, sebelum ini beliau hanya memiliki beberapa helai jubah dan tudung yang dipakai berulang kali kerana ingin memudahkan urusan harian serta menjimatkan masa.
Sebahagian pakaian yang dipakai kebelakangan ini juga dipinjam daripada ahli keluarga dan ada yang dihadiahkan.
Bagaimanapun, selepas memegang amanah sebagai penjawat awam, beliau menyedari keperluan untuk mematuhi etika berpakaian rasmi.
Susulan itu, beliau mula membuat persiapan termasuk membeli kain dan menempah baju baharu dengan bantuan seorang tukang jahit daripada golongan asnaf.




