Malaysia

Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Fiona

Penyanyi Hafiz Suip selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Fiona, dengan sekali lafaz selepas solat Jumaat hari ini.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, sebelum ini memaklumkan bakal melalui fasa baharu dalam hidupnya dan menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Pelantun lagu Ku Akui itu turut menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya serta kehidupannya.

Terdahulu, Hafiz pernah berkahwin dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker