Malaysia

Hampir 300,000 belia 15–24 tahun masih menganggur walaupun kadar pengangguran turun

Seramai 297,700 belia berumur antara 15 hingga 24 tahun masih menganggur walaupun kadar pengangguran keseluruhan Malaysia mencatat penurunan kepada 2.9 peratus pada November 2025, paras terendah dalam tempoh 11 tahun.

Data Statistik Tenaga Buruh Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pengangguran belia kekal pada 10.1 peratus, hampir tidak berubah berbanding bulan sebelumnya.

Bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun, kadar pengangguran direkodkan pada 6.1 peratus.

Daripada jumlah keseluruhan penganggur, 79.8 peratus merupakan penganggur aktif yang bersedia bekerja dan sedang mencari pekerjaan, dengan majoriti menganggur kurang daripada tiga bulan.

Dalam tempoh sama, jumlah penduduk bekerja meningkat kepada 17.09 juta orang berbanding 17.06 juta pada Oktober 2025, mencerminkan pemulihan pasaran buruh secara keseluruhan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker