Malaysia

Hutang PBT kepada SWCorp kini sekitar RM200 juta

Hutang pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kini berkurang kepada kira-kira RM200 juta, berbanding hampir RM500 juta sebelum ini.

Menurut Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, pengurangan hampir 60 peratus itu dicapai hasil langkah proaktif kerajaan dalam memastikan pematuhan terhadap kontrak perkhidmatan pembersihan awam.

Beliau mengingatkan kegagalan PBT melunaskan hutang boleh menjejaskan kualiti serta kecekapan perkhidmatan SWCorp yang merupakan tanggungjawab teras agensi berkenaan.

Majlis pengumuman dibuat selepas Konvokesyen Keempat Sijil Kemahiran Malaysia di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, turut disertai Pengerusi SWCorp, Hee Loy Sian dan Ketua Pengarah Eksekutifnya, Khalid Mohamed.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker