Malaysia

JPJ lanjutkan Ops Ekstrem, modifikasi kereta hingga RM150,000 dikesan

JPJ mengesan pemilik kenderaan membelanjakan sehingga RM150,000 untuk pengubahsuaian ekstrem termasuk sistem suspensi udara dan ekzos tidak diluluskan.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, 97 kenderaan dikenakan tindakan, manakala 485 notis dikeluarkan dan 37 kenderaan disita dalam Ops Ekstrem pada 6 September lalu.

Kesalahan termasuk nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ekzos, LKM tamat tempoh, tiada insurans, cermin gelap dan pengubahsuaian bentuk kenderaan.

Beliau berkata, semua pengubahsuaian perlu mendapat kelulusan JPJ dan kenderaan disita hanya akan dilepaskan selepas dikembalikan kepada keadaan asal.

Ops Ekstrem akan diperluaskan ke seluruh negara mulai minggu ini dengan kerjasama KPDN dan Jabatan Kastam bagi mengesan pengubahsuaian kenderaan yang tidak dibenarkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker