Malaysia

Kes kematian kanak-kanak akibat influenza disiasat KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Sarawak yang disyaki akibat jangkitan Influenza A.

Menteri, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ujian awal menunjukkan mangsa positif influenza, namun komplikasi utama dikenal pasti sebagai radang otak, yang berkemungkinan berpunca daripada virus lain.

Beliau menegaskan punca kematian masih belum boleh dikaitkan sepenuhnya dengan Influenza A dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan selepas siasatan lengkap selesai.

Kes berkenaan tular di media sosial selepas seorang individu dipercayai waris mendakwa kematian berpunca daripada jangkitan H1N1.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker