Letusan udara di Siberia punca hujan berterusan di Malaysia – MetMalaysia

MetMalaysia menjelaskan bahawa hujan lebat berterusan yang sering melanda negara pada akhir tahun berpunca daripada fenomena luruan monsun, iaitu aliran angin sejuk dari Siberia yang menolak masuk ribut cuaca ke rantau ini.
Setiap November hingga Januari, kawasan tekanan rendah dan vorteks biasanya terbentuk berhampiran Malaysia.
Pada masa sama, Siberia mengalami episod tekanan tinggi, menyebabkan angin sejuk meluru ke Asia Tenggara. Aliran udara sejuk ini kemudian bertembung dengan luruan angin timuran dari Lautan Pasifik.
Pergerakan dua sistem angin itu mencetuskan garis penumpuan angin yang kuat di sekitar Malaysia, sekali gus meningkatkan pengumpulan awan hujan.
Keadaan ini menghasilkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta ombak besar, khususnya di Pantai Timur Semenanjung.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan amaran cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh berisiko tinggi ini.


