Malaysia
Lima sekeluarga rentung dalam kebakaran rumah di Raub

Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Raub, Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 3.35 pagi.
Selepas api dipadamkan, kesemua mangsa ditemukan di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut.
Kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah serta melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal yang turut terbakar.



