Malaysia
Pasar borong di Selangor terbakar, JBPM siasat unsur khianat dan kecuaian

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang memusnahkan Pasar Borong Selangor, termasuk kemungkinan wujud unsur khianat atau kecuaian.
Menurut JBPM Selangor, penilaian awal telah dilakukan, namun Unit Anjing Pengesan (K9) masih belum dapat memasuki kawasan titik panas kerana keadaan yang masih berbahang.
Operasi mencari dan mengalihkan sisa kebakaran telah ditamatkan selepas disahkan tiada mangsa ditemukan.
Kebakaran dipercayai bermula di sebuah kedai barangan logam sebelum api marak dengan pantas akibat tiupan angin.




